Makan steambot di Asapanas Bistro

Assalamualaikum!

Okay, beberapa hari yang lepas saya ke Asapanas Bistro untuk makan steambot. Kebetulan kawan saya baru amik kereta baru, hiksss so bawak la saya ke Asapanas Bistro naik kereta baru dia tuu. We all dah kawan sejak zaman sekolah rendah lagi sehinggalah kawan saya sorang ni dah bertunang.

Saya memang dah lama nak makan steambot ni, selalunya saya pergi dekat subang tuu island bbq tapi sekarang kan saya tinggal di kampung baru so jauh ler pulak nak pergi sana. Last – last pergi dekat sini Asapanas Bistro. Nak cari kedai steambot ni memang tak susah pun, betul – betul beradi di belakang stadium selayang.

Wahhh kemain muka saya berminyak habis habisan gituuu hiksss =P Yelah, masa kawan saya amik tu saya bebetul baru balik kerja. Harus lah berminyak kemain kan, dengan panas lagi dengan asap berkepul kepul.

Sepatutnya gambar ni letak last kan, sebab dah menunjukkan hasil pembedalan saya dan kawan – kawan tapi ahhh lantak lahh hiksss malas nak susun gambar ni satu satu. Saya upload je semua pastu insert dalam post ni, malas nak susun ikut turutan.

Ada telurrr yumss sedapnyaa .. ada udang ada kentang wedges tuuu cuma yang tak best sotong tu cuma ada sotong gulung. Saya nak sotong putih yang ada dakwat tuu, ni sotong gulung mana sedap. Dekat kelantan, takde pun jual sotong brown tu. Memula datang kl saya pun pelik ada jugak sotong gulung/brown gituu, pastu boyfrieng cakap dekat kl memang ada sotong gituu.

Kawan saya :)

Masa kami pergi ni, kedai ni baru nak bukak. So memang takde orang lah. So far komen saya mengenai restoran ni adalahhh ermm okay la cuma takde banyak pilihan sangat. Saya prefer island bbq lagi hiksss tapi kalau nak try dekat restoran ni boleh lerr.

Btw, owner nya adalah orang kelantan. Tempat nak masak ni guna gas tau, masa we all duk sedap sedap membakar dan merebus tetiba gas habis so terpaksa lah tukar gas.

Ada satu sos dia tu sedap gilerr, lupa dah rasanya sos black papper kot. Bertambah tambah saya amik sos tuu. Sayur pulak ada pelbagai jenis sayur. Ada maggie hijau yang saya suka.

Rate yang saya bagi untuk Asapanas Bistro adalah :

Makanan :  3/5 – Tak banyak pilihan sangat.

Dekorasi : 4/5 – Cantik semuanya hitam dan putih. Kemas dan teratur. Dan paling penting adalah BERSIH.

Kepada sesapa yang nak berkunjung makan – makan disini boleh ler tengok di facebook asapanas bistro – https://www.facebook.com/asapanas.bistro

Dekat situ, korang boleh tanya apa – apa je sebab admin sana rajin melayan. Hiksss

Random Pics Of Me ^^

Assalamualaikum!

Sebenarnya saya nak update mengenai saya makan – makan di Asapanas Bistro di Selayang 2 hari yang lepas, lepas tu saya check balik gambar – gambar dalam laptop, saya LUPAAAAA ada lagi gambar yang belum saya terima dari kawan saya. So saya hold dulu ok! Heeeeeee :lol:

Kekeringan idea sikit nak update apa untuk pagi ni, so saya ingat saya nak update gambar terkini saya jelahh. Ceeewahhh #bajetretis pulah yeeee. Hikssss

Lagipun, tu lah gunanya ada blog kan. Kita update/blog about stuff we loveeeeeee. Kan kan betul tak, lagipun blog saya adalah random things. Saya blog tentang personal saya yang saya rasa nak share, saya blog about tips and tutorial, foods apa – apa yang saya rasa nak share dengan uols!

Senyum tak bukak mulutttt :wink:

Senyum bukak mulutt. Heeee Macam ni >>> :D

Ni baru selca (self captured) 8)

Lastly, gambar dengan boyfreng semasa saya dengan dia pergi ke lowyat selepas dia amik saya dekat tempat kerja. Ada barang – barang skett nak beli, sempat jugak saya survey camera. Percaya tak, takde pun camera yang menarik minat saya. Huhuhu Bajet saya takde lah tinggi sangat, kalau yg gambar cantik tu mahal pulak, kalau yg murah tu takde function yang saya nak. Kalau ada pun, bentuk/design camera tu pulak saya tak berkenan. Hiksss Takpe ada banyak masa lagi, slow slow saya kan survey dari satu tempat ke tempat yang lain. Heeee