Makan – makan di Suraya Seafood Kampung Baru

Assalamualaikum!

Pekabor korang? Sihat ke? Heeee Hari ni mood ke laut jugak sikit memandangkan tuan rumah tempat saya menyewa ni tetiba semalam mengamuk macam dia hendak monopause. Malas lah hendak burukkan orang, hanya saya je saya mintak biarlah Allah balas balik perbuatan dia dekat penyewa – penyewa rumah ni. Perangai tak cantik, rupa pun tak cantik paling penting adab pun memang failed!

Okay dah la, kita borak pasal makanan ye baru best. Heeee

Kalau saya tanya bebudak kelantan, kenal tak suraya seafood saya yakin semuanya menangguk anggukan kepala mereka! Hiksss Hari tu masa perlawanan bola di bukit jalil, dekat kedai ni memang pack giler orang. Penuh sampaikan orang Q dekat luar kedai.

Saya dah beberapa kali makan dekat sini, tapi selalu lupa nak snap pics. So kali ni, lepas habis kerja and boyfreng datang amik, saya ajak makan dekat sini dan yay! sempat snap pics. 8)

Ni boyfreng punya. Nasi putih dengan Daging Masak Merah.Saya tak try pun masakan ni memandangkan saya tak suka masak merah =P. Saya sempat juga tanya boyfreng sedap ke tak, dia bagitau sedap! Kalau dia kata sedap, bermaksud memang betul – betul kena dengan selera dia sebab selalunya kalau makan dekat kedai lain ada aje benda yang dia nak komplen tentang masak merah ni. Tak suka itu lah, tak suka ini lah. Makan dekat kedai ni dia kata sedap, so saya agak memang kena dengan selera dia ler tuu. Heeee

Ni air saya. Horlick! Hee Pekat dan agak manis sikit. Well, saya memang kurang manis sikit. So bagi saya sedap. Boyfreng cuma order air skyjuice (air kosong), masa tu dia batuk batuk. Nak jaga kesihatan =_=

Well, here is the famous Mangga Pulut! Saya order ni sebelum saya order makanan. Dan memang sedap cuma cuma sikitt sangat. Tak cukup. Harganya RM4. Kira agak mahal kan dengan kuantiti yang diberikan. Sepatutnya banyak lagi. Nasib sedap so kurang sikit amarah tu. Hehehehe Saya dah makan pure mangga pulut from golok masa saya pergi hari tu, dekat sana kuah santannya lagi pekat. Rasanya dekat sana lagi sedap. =P

Yang ni yang ni memang A. Saya dah beli banyakkkkkk kali dan rsanya tetap sedap as usual. Hikss Cukup semuanya.Btw lupa pulak, yang ni adakah kerabu campur. Sedap dan sedappp! Cuma udang dengan sotong dia bagi sikit je. Tak cukupp. Ada kulit kaki ayam, ada kulat, ada ayam, daging, sotong, udang. Dicampurkan dengan sos kuning. Entah la sos apa, tapi dengan adanya sos tersebut membuatkan kerabu ni lagi sedap.

So semua sekali, dalam RM21.++ gituu,lebih kurang gitu ler. Balik terus saya mandi and then tido kekenyangan. :)