Assalamualaikum!
Selamat pagi Jumaat korang, semoga hidup kita akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya. Memandangkan hari ni jumaat, saya dah janji dengan kawan nak tidur di rumah dia hari ni. Malas dah hari weekend ni nak menghadap muka tuan rumah yang dah macam *&^%$&& tu. Lebih baik saya elakkan berjumpa orang macam tu.
Kali ni saya nak memperkenalkan dengan online editor image. Memang simpe yet hasilnya gambar memang cantik dan lawa. Nak buat macam instagram pun bolehhh =P
Yelah, saya ni mana ler reti nak photoshop bagai kan, well maybe korang lagi pakar dari saya kan kan. So untuk saya yang memang tak reti photoshop ni, alangkah bestnya kalau ada tempat untuk edit gambar secara tekan – tekan (klik – klik) dan hasilnya tadaaaa gambar cungg bangat!
Well, thank to sesiapa yang mencipta online editor sebegini, anda adalah seorang yang GENIUS. Anda telah menolong kami yang tak reti photoshop still dapat jugak menghasilkan gambar yang superb!
Ada beberapa online editor untuk mereka yang tak reti nak edit gambar menggunakan photoshop macam saya ni =_= Tapi hasilnya sangat memuaskan hati (well, bagi saya, ianya tak perlu edit secara melampau) sekadar nak touch sket, nak buh itu ini, nak terangkan warna sikit, dan aksesori sikit tu pun saya rasa dah memadai bagi saya.
Meh kita tengok beberapa online editor tersebut.

Memula korang boleh buka disini (http://pixlr.com/) untuk ke website online editor tersebut seperti dalam gambar diatas.
Di tempat yang saya petakkan di atas adalah tempat yang mana korang boleh klik dan boleh menggunakan fungsi tersebut bagi proses mengedit gambar anda. Haaa paham?
Serius saya cakap, disini lah tempat paling best kalau nak mengedit gambar menjadi awesomeness secara melampau! Haa gituu, macam macam pelbagai pesen boleh dibuat.Cuma tak boleh ler gambar senyum menjadi duck face ye. Heheheh
Okay, disini saya akan cuba menerangkan secara ringkas mengenai penggunaan online editor ni okay. If korang tak paham, untuk memudahkan pemahaman korang ni sila lah pergi explore sendiri. Hikssss

Ni fungsi Open Editor. Nampak lebih kurang seperti Photoshop kan. Photoshop tu kalau tengok, ada pelbagai jenis tools dia kan dan nampak complicated. Yang ni pulak lebih simple dan senang faham. Saya tak suka guna ni, sebab entah lah leceh kot. Hiksss

Yang ni pulak Retro Vintage Vintage Effect. Yang ni lagi best dari kat atas. Yang ni lain sikit, korang just klik – klik aje, dan wallah terjadi lah gambar lebih kearah vintage gitu. Saya suka jugak guna yang ni sebab gambar yang dihasilkan oleh effect ni adalah sangat retro gitu. Bersamaan dengan tujuan nya iaitu untuk menghasilkan gambar vintage kan. Heeee

Haaaa macam mana?! Cantik dan awesome kan. Yang ni saya gunakan fungsi Retro Vintage Vintage Effect. Just klik – klik aje dan siap boleh letak bokeh lagi tauuu. (Bokeh tu yang ada bulat – bulat dalam gambar). Ada jugak bokeh jenis love love gituu, tapi saya tak letak pasal rasa kalau letak terasa diri ini jiwang. dan mad in love. Hahahah

Seterusnya, yang ni memang saya sukaaaa sukaaaa sukaaaaaaa terlebih suka guna tools online editor ni. Senang aje dan pelbagai jenis tools yang ada dan boleh digunakan. Just klik – klik aje! Tak percaya, tengok macam mana saya edit gambar saya di bawah ni.

Cantik tak! Yang ni saya gunakan Pixlr Express. Maybe korang boleh buat lebih lagi dari apa yang saya buat ni, almaklumlah saya hanya suka letak lighting dan bokeh aje =_=. Heeee Saya suka semua tools yang ada dalam Pixlr Express ni, simple yet so vintage forĀ me.
Sebenarnya banyak lagi boleh dibuat, silah merajikan masa anda untuk mengexplorekan diri anda godek itu ini bagi menghasilkan gambar yang better dari saya ni. Serius saya bagitau korang ni, MACAM MACAM boleh dibuat dengan adanya online editor ni.Apa- apapun dengan online editor ni dapat memudahkan proses mengedit gambar bagi anda.
*Maap la yer, ayat kacau bilau. Menaip sambil mata mengantuk ni sebenarnya*
baru jumpe website ni last week… tapi tak sempat godek lagi…
ciksitihajar recently posted..MLM = kenapa masih ada yang berminat????
cantiknya
selamat pagi!
toturial yang bagus
do follow my blog ya..
http://sheilanasir.blogspot.com
biasa untuk buat design, baru saya gunakan photoshop and illustrator..tp untuk edit gambar bagi upload or antar print, saya akan guna photoscape, sangat mudah and bg yg xde basic design pn boleh gune sbb software neh very friendly user….
nadia arrumaisha recently posted..Kerana Mulut Badan Binasa
haha.. mcm2 leh edit
cik ezy recently posted..shopping shopping!
nak explore tu yang malas…hihi..saya guna gimp je..sebab tu je la yang saya tahu..nak try explore yang lain tu, memang penyakit malas tu tak boleh hilang..hehe…btw, cantik gambar tu..:)
nur anis recently posted..tukar krim muka lagi – organic aid
ifa guna photoscape je..hihi
selama ni pakai photoscape jugak…tapi bleh try pixlr ni next time..tq info
mizzura recently posted..Keputusan England vs Italy, Euro 2012
dni dok guna photoscape aje hehe
Ardini Humaira recently posted..Memborong masker muka lagi di SaSa ;p