RESEPI Meatloaf wrap

Assalamualaikum!

ok dah berzaman rasanya tak bukak blog ni, huhuhu busyy yang amat. entry pun banyak yang tertangguh! tak peee, slow2 nanti kita kasi update! 8)  hehehe

beberapa hari yang lepas, saya ada buat meatloaf wrap ni haaa buat pun sebab boring dan terasa nak cuba resepi yang lain pulak

saya guna mission wrap dari brand ni. dekat kelantan ni, saya hanya jumpa ada jual di mydin kubang kerian sahajaaaaaa. yang lain endekk takde, kadang – kadang bukan orang tau pun wrap ni apa pastikan ada logo halal tauuu kekekeke harga dalam RM5.++ lupa pulak

Ayamas chicken meatloaf  RM3.50

Step by step

1.chicken meatloaf tu di grill terlebih dahulu. guna pan frying je nak mudah. sekejap je pun grill sebab nipis je.

2. wrap tu pun bakar atas pan frying jugak. biarkan panas sikit. lepas tu sapu mayonis.

3. letak lettuce, tomato, apa – apa jenis sayur yang bersesuaian.

4. letakkan meatloaf atas sayur tuu.

5./6 heheh tersalah pilih nombor pulak last sekali sapu thousand island

dan wrapkan. cara nak wrap tu ada dia ajar dekat bahagian belakang. senang je!

sedapppppp sangatt!!! :bloody:

Review STAR TREK INTO DARKNESS wajib tonton!

Assalamualaikum!

wahhhh sekian lama tak berhapdet blog ni kannn, hari minggu ni baru ada kelapangan masa nak jenguk blog sendiri 8)

ok nak buat sedikit review tentang movie yang saya tonton semalam dekat GSC Pavillion. adib ni suka layannnn movie, so selalu jugak la dia beli tiket wayang untuk saya dengan dia. selalunya beli online sebab senang tak payah beratur bagai hehehe

meh tengok trailer dulu, macam saya sebelum layan  movie apa, saya mesti nak tengok trailer dulu. best ke tak, macam mana flow citer ni and so on. heheheh

#trailer 1

#trailer 2

#trailer 3

ok sinopsis untuk movie ni.

  • diorang ni sebenarnya ada mission untuk mencari dan membunuh seorang penjenayah yang telah membunuh ketua dan kawan baik si Jim Kirk ni
  • dalam nak mencari dan membunuh penjenayah ni, nama si jahat ni  Harrison telah menghasut supaya membuka sejenis senjata iaitu torpedo yang ada di dalam kapal Enterprise yang diorang naiki
  • so dalam keinginan untuk nak tahu betul ke tak apa yang Harrison bagitau, dia pun telah membuka salah satu dari torpedo tersebut
  • dari situ lah, macam – macam hal yang telah timbul iaitu sebenarnya yang jahat adalah ketua Kirk sendiri iaitu Marcus
  • apa sebab ada manusia di dalam torpedo tu? apa motif  Harrison nak menyerah diri dan sebagainya

kalau nak tahu dengan lebih lanjut , kena la tangok movie ni. memula nak tengok movie ni, adib ada bagitau saya ” macam boring je tajuk movie ni “ padahal lepas dah layan boleh pulak cakap ” best jugak movie tadi “ heheheh

saya bagi 4/5 untuk movie ni. apa – apa memang best jugak la, lagi 1 tu sebab movie ni dikira movie yang tak logik dek akal ahahaha :)

adib baik hati belikan saya baju kemeja ni heheh thanks best sebab kain dia tebal dan tak mudah nak berkedut sedap pakai la kiranya hehehe dan suka button dia macam tu senang nak pakai just klik je nak buang pun senang jugak ;)

ok! dah rindu nak berblog

Lamanyaaaa tak update kan uwwuuuu iols dah kerindua dekat blog tersayang ni. Sedihnyaaa rasa serba tak kena pulak kalau tak update blog (mengada sebenarnya) hehehehe

Ok, kalau free nanti malam ni kasi update. Banyak jugak nak cerita sebenarnya dkt blog ni cuma masa tu masaaaaaa maaaasssssaaaa yang tak member peluang walau sesaat dekat saya (hamboiiii)

Ok till then.

Posted from WordPress for BlackBerry.